Utama > Uncategorized > Jamuan Kesyukuran

Jamuan Kesyukuran

Jamuan kesyukuran telah diadakan di kantin sekolah sempena memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi pada 22.09.2011 (Khamis). Beberapa orang guru dan kakitangan sekolah yang telah mendapat kenaikan pangkat, mendapat keputusan ptk yang cemerlang dan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2010. Guru dan kakitangan berkenaan telah berkongsi mengeluarkan sedikit wang untuk menjamu rakan-rakan lain. Tahniah diucapkan kepada 11 orang yang telah dimurahkan rezeki pada tahun ini, semoga bertambah rezeki dan keberkatan dalam kehidupan, disamping itu dapat meningkatkan kecemerlangan dalam menjalankan tugas dan menjadi contoh kepada yang lain. Diharapkan budaya yang baik ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen