Utama > Uncategorized > Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru (BIG) IPGSM Besut

Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru (BIG) IPGSM Besut



Rabu (21 Septeber 2011) , seramai 19 orang mahasiswa  dan seorang pensyarah pengiring (En Kamarizan b Ya) telah mengadakan lawatan Penanda Aras ke SMK Kedondong. Pelajar-pelajar ini adalah daripada Kursus Reka Bentuk dan Teknologi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 6 2011. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan situasi sebenar pengurusan Panitia Kemahiran Hidup dan mengutip pengalaman daripada guru-guru Kemahiran Hidup Sekolah, terutama Guru Cemerlang Kemahiran Hidup, iaitu Tn Hj Abdullah bin Abdul Rahman dan En Noor Azam b Mat Husin. Program lawatan ini dimulakan dengan sesi suai kenal, penerangan ringkas tentang sekolah dan Panitia Kemahiran Hidup. Para peserta dibawa melawat ke bilik dan bengkel kemudian diberikan taklimat serta sesi soal jawab. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan makan tengahari. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada IPGSM Besut kerana telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk melakukan lawatan penanda aras mereka. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada para peserta semua.

Kategori:Uncategorized
  1. Tiada komen.
  1. No trackbacks yet.

Tinggalkan komen