Majlis Persaraan Encik Mohd Nordin bin Mohd Dahan (Sir Nordin)

10 November 2013 Tinggalkan komen

101120131097Majlis Persaraan Encik Mohd Nordin bin Mohd Dahan (Sir Nordin)

Tahun 2013 adalah tahun penuh bersejarah kepada Sir Nordin dimana pada 10 November 2013 iaitu hari Ahad telah diadakan satu majlis persaraan beliau.Tahun 2013 adalah tahun terakhir beliau menabur bakti sebagai seorang pendidik. Sir Nordin telah memulakan perkhidmatan sebagai seorang guru pada 1 Januari 1970. Pada 31 Disember 2013 genaplah 35 tahun perkhidmatan beliau. Sir Nordin telah memilih untuk bersara awal kerana masalah kesihatan yang dihadapinya. Antara ucapan beliau yang penuh bermakna ialah “Kepada semua pelajar kamu seharusnya bersedia untuk manjadi manusia kerana pendididkan ialah memanusiakan manusia” dan “Tidak rugi menjadi orang yang baik”. Majlis tersebut telah di dahului dengan bacaan doa oleh Ustaz Abdullah disusuli dengan ucapan dari PK HEM, Tn Hj Zulkafli. Semoga Sir Nordin berbahagia bersama keluarga dan tanpa jemu meneruskan usaha dalam pendidikan walaupun sudah bersara.

Advertisements
Kategori:Uncategorized

Lawatan Perdana Menteri Ke Pasir Mas 2012

1 Oktober 2013 Tinggalkan komen

Kategori:Uncategorized

Majlis Solat Hajat SPM 2012

31 Oktober 2012 Tinggalkan komen

Solat hajat untuk pelajar yang bakal menduduki peperiksaan SPM 2012 akan di adakan pada 1 November 2012 di Surau sekolah. Majlis Tersebut akan bermula pada pukul 6.45 petang. Semua warga sekolah dijemput hadir untuk sama-sama memohon ke hadrat Ilahi semoga pelajar-pelajar Tingkatan Lima yang akan menduduki SPM pada 5 November nanti mencapai kecemerlangan. Ibubapa juga dijemput hadir. Solat hajat adalah antara usaha yang dilakukan untuk memohon kepada Ilahi agar memudahkan calon untuk menduduki peperiksaan. Walaubagaimanapun usaha mesti seiring dengan doa yang dipanjatkan. Sekiranya tanpa usaha yang bersungguh-sungguh kejayaan tidak mungkin akan dicapai. Program solat hajat ini juga disusuli dengan bacaan yasin. Majlis selesai selepas solat Isyak para jamaah bersalaman dan memohon maaf antara satu sama lain. Kemudian semua dijemput untuk menikmat sedikit juadah yang disediakan di kantin sekolah.

Kategori:Uncategorized

Majlis Izin Ilmu PMR 2011

3 Oktober 2011 Tinggalkan komen

Majlis izin ilmu bermula pada 8.30 pagi dengan ucapan pengerusi, wakil-wakil guru matapelajaran yang mengajar tingkatan tiga dan ucapan Puan Pengetua. Pada tahun ini seramai  110 pelajar akan menduduki peperiksaan PMR. Kami warga SMKKd berdoa semoga calon PMR dapat menduduki peperiksaan dengan penuh persediaan dan akan mendapat keputusan pepriksaan yang cemerlang.

Kategori:Uncategorized

Jamuan Kesyukuran

22 September 2011 Tinggalkan komen

Jamuan kesyukuran telah diadakan di kantin sekolah sempena memanjatkan kesyukuran kepada Ilahi pada 22.09.2011 (Khamis). Beberapa orang guru dan kakitangan sekolah yang telah mendapat kenaikan pangkat, mendapat keputusan ptk yang cemerlang dan menerima anugerah perkhidmatan cemerlang tahun 2010. Guru dan kakitangan berkenaan telah berkongsi mengeluarkan sedikit wang untuk menjamu rakan-rakan lain. Tahniah diucapkan kepada 11 orang yang telah dimurahkan rezeki pada tahun ini, semoga bertambah rezeki dan keberkatan dalam kehidupan, disamping itu dapat meningkatkan kecemerlangan dalam menjalankan tugas dan menjadi contoh kepada yang lain. Diharapkan budaya yang baik ini akan diteruskan pada masa akan datang.

Kategori:Uncategorized

Lawatan Penanda Aras Program Bina Insan Guru (BIG) IPGSM Besut

21 September 2011 Tinggalkan komen



Rabu (21 Septeber 2011) , seramai 19 orang mahasiswa  dan seorang pensyarah pengiring (En Kamarizan b Ya) telah mengadakan lawatan Penanda Aras ke SMK Kedondong. Pelajar-pelajar ini adalah daripada Kursus Reka Bentuk dan Teknologi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 6 2011. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan situasi sebenar pengurusan Panitia Kemahiran Hidup dan mengutip pengalaman daripada guru-guru Kemahiran Hidup Sekolah, terutama Guru Cemerlang Kemahiran Hidup, iaitu Tn Hj Abdullah bin Abdul Rahman dan En Noor Azam b Mat Husin. Program lawatan ini dimulakan dengan sesi suai kenal, penerangan ringkas tentang sekolah dan Panitia Kemahiran Hidup. Para peserta dibawa melawat ke bilik dan bengkel kemudian diberikan taklimat serta sesi soal jawab. Lawatan ini diakhiri dengan sesi bergambar kenangan dan makan tengahari. Pihak sekolah amat berterima kasih kepada IPGSM Besut kerana telah memilih sekolah ini sebagai tempat untuk melakukan lawatan penanda aras mereka. Semoga lawatan ini dapat memberi manfaat dan pengalaman kepada para peserta semua.

Kategori:Uncategorized

SMK Kedondong

19 September 2011 Tinggalkan komen

Sebuah sekolah yang terletak diluar bandar dengan jarak 4km dari bandar Pasir Mas. Seramai 600 orang pelajar yang menuntut di sekolah ini. Kebanyakan pelajar dari latarbelakang keluarga yang bekerja sebagai petani, buruh dan bekerja dengan kerajaan. Sekolah ini mempunyai seramai 50 orang guru dengan 12 orang kakitangan sokongan dan 6 orang pekerja swasta

Kategori:Uncategorized